Friday, 11 September 2015

KELAS PRASEKOLAH

Salam 1 Malaysia!

Dek kerana internet yang sangat best pada masa ini, saya mengambil kesempatan untuk memperkenalkan ahli-ahli 3 buah kelas Prasekolah yang ada di Sekolah Kebangsaan Suai Satu ini. Untuk makluman pembaca semua, sekolah kami merupakan sekolah di Pedalaman 1. Jalan ladang berliku dengan tanah merah campur batu kerikil (mungkin). Hahaha...oh ya, kami di negeri mana?

Di SARAWAK! ^_^

Ops, back to the topic. Saya perkenalkan kelas mengikut abjad ya.

1. Prasekolah Anggerik

Bangunan kelas yang baru. Luas dan besar! Memang best kalau semua kelas dapat dibina macam ni. Guru yang diberi amanah di sini adalah Cikgu Angela dan dibantu oleh PPM, Kakak Rose. Jom tengok gambar ahli-ahli Anggerik pada tahun 2015 ini. Mereka semua terdiri daripada murid berumur 6 Tahun.



2. Prasekolah Bakawali

Bangunan kelas lama. Tak berapa besar tapi mencukupi untuk ahli-ahlinya (bersyukur!). Murid-murid berumur 5 Tahun. Guru kelasnya adalah Cikgu Nur Afifah dan dibantu oleh PPM, Kakak Winn. Dua-dua sangat meminati hindustan (Amboii!). Jangan terkejut tengok gambar cikgu dan PPM, memang tough mereka ni. = D



3. Prasekolah Cempaka

Merupakan kelas perdana yang telah diubahsuai menjadi kelas prasekolah. Dapur dan tandas dibina berasingan memandangkan tiada ruang yang mencukupi. Biarpun sedikit sempit, guru dan PPM masih bersungguh-sungguh menyampaikan ilmu dan mendidik murid-murid yang berumur 6 Tahun ini. Guru tersebut ialah Cikgu Zaiti, manakala PPM pula dipanggil sebagai Aunty Lillian. Yeap, semua nampak comel apabila disuruh bergambar. ^^,



Well, setakat itu saja pengenalan ahli-ahli keluarga besar kami di SK Suai Satu.

Terima kasih kerana sudi membaca! ^_^

No comments:

Post a Comment