Salam 1 Malaysia,
Nampaknya jarang dapat update blog. Kekangan waktu dan masalah internet merupakan penyumbang utama.
Tanpa melengahkan masa lagi, saya ingin berkongsi gambar-gambar sepanjang Hari Terbuka Prasekolah SK Suai Satu yang telah berlangsung pada bulan Ogos yang lalu. Tahun ini aktiviti lebih berorientasikan aktiviti Sukaneka.
Antara acara bagi murid-murid Prasekolah :
1. Bawa Bola Pingpong Dalam Sudu
2. Imbang Pundi Kacang
3. Gelung Bola
4. Pingpong Air
Berikut pula acara untuk ibu bapa dan guru :
1. Baling Telur
2. Epal Gantung
3. Benang Jarum
4. Belon Air
5. Boling Kelapa
Memang sangat meriah apabila ibu bapa dan guru sangat sporting bersama-sama menyertai acara-acara yang dipertandingkan. Gerai jualan pun sangat mendapat sambutan. Jom layan gambar!
Alhamdulillah kerana semuanya berjalan dengan lancar. Biarpun ada juga kelemahan di sana sini, semuanya dapat diatasi bersama-sama. Terima kasih kepada semua yang terlibat secara langsung ataupun tidak!
Terima kasih kerana sudi membaca! ^_^
No comments:
Post a Comment