Salam 1 Malaysia!
Pada bulan April lepas, kelas Prasekolah Bakawali telah mengadakan Hari Peragaan Fesyen bersempena dengan Tema Pakaian dan Aksesori.
Saya sebagai guru kelas Bakawali, merasakan ini merupakan satu medium kepada murid-murid untuk menunjukkan sikap yang lebih berkeyakinan untuk memperaga pakaian masing-masing di hadapan kelas. Murid-murid sememangnya sangat seronok tambahan pula apabila diberitahu tentang hadiah yang bakal dimenangi. Hahaha..
Saya telah menjemput Cikgu Masna dan Cikgu Nur Fasihah daripada aliran perdana untuk menjadi juri. Kedua-dua guru ini merupakan guru yang rapat dengan murid-murid saya. Oleh itu, tiada masalah untuk murid-murid saya menyesuaikan diri dengan mereka.
Semua murid hadir dengan pelbagai jenis pakaian. Ada yang memakai rantai sebagai aksesori. Saya berasa sangat seronok kerana semua murid dapat memberikan kerjasama yang sangat bagus. Hiasan simple, hanya dengan menggunakan kain dan tulisan yang dicetak. Alhamdulillah, semuanya berjalan lancar.
Murid-murid pula cepat mengingati apa yang saya ajarkan. Cara berjalan ala-ala model, berhenti dan melambai, sememangnya murid senang mengikut arahan mudah saya.
Akhirnya pemenang dipilih. Seorang murid lelaki dan murid perempuan berjaya dinobat sebagai model terbaik. Griss Aleesta dan Conculius Vidic Dingin telah berjaya menambat hati juri. Tahniah cikgu ucapkan! Jom layan gambar!
Terima kasih kerana sudi membaca!
Kipidap anak mummy Dingin
ReplyDelete